Sunday 26 April 2015

Orang Lidi#1-Kir's

-kir-

Kir'oWner



Lena dia melayan mimpi di atas sofa dengan kanvas terisi di hadapan. Lukisan yang agak keanak-anakan menggunakan krayon.



"Aku tertanya-tanya... 10 tahun, 20 tahun lagi, macam mana agaknya kita? Kita akan berubah? Will we be strangers or just the same, macam kita tak pernah berpisah?" Imran menyuarakan apa yang ada dalam pemikirannya ketika itu. Luqi diam tak menjawab, dia tak ada jawapan persoalan Imran, benda dari masa hadapan tak ada orang tahu, sekalipun kau ahli nujum terhebat di alam semesta.

Dan entah kenapa seolah terpanggil, Luqi mengajukan soalan, untuk memancing reaksi Imran.

"Apabila tiba masa kita berpisah, kau akan sedih tak?"

Imran diam lama, memandang hujung kasut. Apa yang bermain difikirannya tak dapat diteka melainkan Imran sendiri yang bersuara. Luqi angkat kaki dari terus tergantung ke bawah dan melipat sila. Fikirannya baru nak melayang apabila Imran mula bersuara.

"Aku pasti akan rindukan 'kita'. 'Kita' memberi harapan kepada aku, kat atas dunia ni tetap ada yang pandang kebaikan kau walaupun dah tahu keburukan kau." Imran senyum. Timbul satu rasa yang tak dapat dikata dalam hati Luqi. "Dan, aku yakin... berpisahnya kita, akan bawa kita ke jalan yang lebih baik. Kau akan jumpa orang yang lebih baik, kau akan rasa lebih baik." Tangan Imran menepuk bahu Luqi. "Berpisahnya kita so that orang lain juga ada harapan, masih ada orang yang pandang kebaikan kita meskipun with all kita punya flaws." Tanpa sedar, mata Luqi berair. Ada betulnya kata Imran. Berada di sini, mengajar dia banyak perkara, membawa dia lalui pelbagai kenangan indah dan memberi dia sebuah harapan yang serasanya dah lama terkubur di dasar hati. Luqi pandang Imran yang masih pasang senyum di wajahnya.

"Konklusinya...?"

"Just be yourself, Lu. Spread your wings and help people found their happiness. And it's okay to cry because.."

"Crying doesn't mean you are weak..." sambung Luqi perlahan. Imran sekadar angguk mengiyakan.



"Im, bangun... masa untuk makan." Luqi tepuk bahu Imran perlahan.

"Bagi aku masa untuk buka mata, please." Imran bersuara dengan suara serak yang masih dilapisi kengantukan. Luqi menggeleng kepala protes walau dia tahu Imran tak nampak.

"Bangun, please..." Luqi menarik pipi Imran sambil mengajuk kesopanan Imran yang suka sangat letak perkataan please di belakang ayat. Imran mengaduh kesakitan.

"Aku bangun.." Tangan Luqi ditepis sambil bangun berdiri melompat turun dari sofa menuju ke bilik air, laju menghilang dengan langkah terhuyung-hayang. Luqi pandang gaya komikal Imran dengan kening terangkat sebelah, kagum. Macam-macam. Dan matanya jatuh pada kanvas di hadapan sofa. Lukisan keanak-anakan. Sembilan belas orang lidi dengan ciri-ciri yang jelas menunjukkan siapa ialah siapa. Dan di penjuru kiri kanvas terdapat nota.

'A child's drawing never lies.'

Orang lidi. Berpegangan tangan bersama senyuman di bulatan muka mereka. Kesemua sembilan belas mereka.

-kir-