Sunday 19 May 2019

Bother, please.

Lepas imam habis baca doa tadi, S bising kata nak stay jap sebab nak minum air. Aku tanya minum air apa? Dia tunjuk ada satu balang air kat hujung dewan dengan paket paket kuih.

"Eh, ada moreh? Tak tahu pun?"

"Haa ada lah. Memang dia selalu sedia pun."

I see. Aku tak pernah perasan ada balang air kat situ, dekat dengan pintu keluar pulak tu.

Orang dah beransur tak ada, tapi masih ada la yang tinggal lepak lepak minum air kat dewan ni. Yang turun tadi, kami berlima; S, H, N, E dengan aku.

Then ada la budak budak lain. Ramai jugak tapi tak ada la penuh dewan.

Biasa kalau dalam kelompok orang ni,aku banyak jadi observer dengan tukang gelak je. Dengar diorang ni sembang, yang aku rasa nak tahu aku celah.

Diorang ni banyak cerita. Banyak cakap. Aku banyak gelak.

"Doa qunut Syeikh ni panjang gak kan? Aku rasa ada la 2 minit." Lenguh kaki woih.

"Ha ah. Panjang. Tu qunut nazilah eh?" S pandang aku sambil gentel kain telekung dia.

"Tak la. Qunut nazilah yang zionis-zionis tuu.." sampuk N. Aku iyakan. Sebab nak cakap qunut nazilah, tak bunyi pulak macam qunut nazilah.

"Tu qunut syeikh sendiri tu." Aku seringai.

Lepastu, dengar diorang sembang apa tah. Banyak benda yang diorang sembang aku tak dapat tangkap.

"Aku rasa, aku ni tak sensitif la. I mean, tak sensitif dengan sekeliling."

Statement aku buat S pause kejap.

"Tapi kau sensitif orangnya."

Ha a. Aku memang sensitif. Tapi, aku tak sensitif dengan sekeliling.

Contoh, ada sedia moreh setiap malam terawih? Dan imam yang selalu terawih ni nama dia Syeikh?

"Aku rasa, kau tak bother dengan benda yang tak penting. Bila kau tak bother, kau tak ingat dan benda tu tak ada dalam memori, kan?"

"Ya ya. Betul!" Jawapan E ni memang betul aku tak deny.

Sebab tu jugak kot orang kata aku trusted untuk simpan rahsia, padahal sebenarnya, aku lupa apa rahsia tu.

Dan aku lupa muka orang, nama orang, aku lupa orang dan selalu jugak siapa siapa datang tegur aku dan aku layan macam aku kenal padahal sepanjang conversation tu otak aku tengah proses 'dia siapa', 'kenal kat mana', 'dia-aku ada kisah apa' yadaa yadaaa.

Dan sampai akhirnya aku tak ingat, tapi orang tu tak perasan pun aku tengah loading. Haha.

Aku rasa aku kena sensitif sikit. Dengan orang sekeliling?



Tapi macam mana?

Saturday 18 May 2019

Cuba

Play: Try-Simple Plan


'In one word, describe what you feel right now. No explaination. Just one word.'

I would say,

Despair.

I would say 'despair' if I saw that post 5 months ago.

"Sakit lagi eh?"

"Ha ah. Macam, nak nangis terus dan lagi."

"Sampai bila nak nangis je.."

Tak tahu. Rasa sakit sangat aku doa Allah je yang heal balik sebab jujur aku cakap, kalau serah urusan hati ni dekat aku sampai bila bila aku broken.

Bila aku cakap aku broken, orang akan relate broken sebab 'tu'.

Tak.

Aku tak broken sebab 'tu'

Memang tak  boleh eh broken sebab diri sendiri?

Tengah nak fix semua yang tak kena pada tempat,  tengah nak terima apa yang dah jadi tanpa rasa menyesal dengan pilihan yang dibuat dulu.

Aku tengah cuba.

"Tahu tak apa maksud redha?" N pandang aku. 

"Terima." Jawab aku, sepatah.

"Terima dengan tak letak tanda soal pada Tuhan." N betulkan ayat aku. Muka dia nampak risau. 

Aku tahu dia risau. Tapi, bagi aku masa please?

Aku tengah cuba. Serious.

Aku cuba.




Thursday 16 May 2019

Miss sahur dan free food

Dah Ramadhan ke 11.

Hari ni kenapa tah penat betul. Otw nak pergi kelas pun kepala boleh melentok nak tidur.

Tak lapar. Cuma; penat dan ngantuk. Energyless.

Mungkin sebab aku terlepas sahur pagi tadi.

YELAHHHHH

Bangun-bangun je dah azan subuh. Sedih gila.

Pagi kelas Turnitin pukul 10 sampai 12 then sambung MGM 2 sampai 4. Aku cakap dekat Wak semalam;

"Wak, esok tak masuk kerja tau. Kelas full ah."

"Ala yeke. Sampai pukul berapa?"

"Empat."

"Lepas empat kau masuk ah. Boleh eh boleh eh.."

Fikir jap. 

"Tengok ah kalau saya rajin."

Seringai.

Wak tengah susun-susun barang atas rak buat muka. "Kalau ayat dah macam tu, confirm kau tak masuknya esok!"

Hahahahaha

Dan memang aku tak masuk pun. Balik kelas, sakit kepala, terus terlelap sampai pukul 6.

Bangun solat asar (lewat gak asar aku ni Allahu), terus turun pergi cafe nak beli makanan.

Actually, aku tengah sengkek gak ah sekarang. Aku ni dah la sejenis mudah lupa. Aku tak ingat aku spent untuk apa tapi yang pasti joli-joli tak ada lagi sejak minggu start puasa ni. So, kenapa tah duit tiba tak cukup.

So, turun macam tawakal la beli jela apa apa. Perut ni tak ada la lapar pun. So, tak kisah sangat kalau tak beli nasi.

Then elok je turun memang orang tengah kasi free food. Aku ingat bubur lambuk. Serious. Datang dekat je akak tu dah panggil suruh tulis nama pastu ambil makanan ni.

Benda berlaku cepat alas dapat ah free food. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Aku tak tahu la, tapi setiap kali aku cakap 'aku tawakal je ya Allah' mesti ada benda baik yang jadi.



Wednesday 15 May 2019

Silence moment

Bila kali kelima orang tegur "Kau kenapa?" baru la rasa, oh obvious sangat ke termenung ni then chill chill get into the environment balik.

"Obvious?"

Z angguk then dia buat muka 'kau kenapa' lagi.

Aku pandang dia. Lepastu aku seringai je.

"Takde apa ah."

Buka Gmail, dapat file correction thesis dari SV. Sekali imbas, merah-merah-merah-strikethrough dah boleh agak la sebab nama lagi 1st draft.

Download file. Termangu lagi.

Allah. Kenapa dengan aku ni.

Saturday 24 February 2018

"Sini ada jual Jolly Shandy tak?"


"Aku rasa ada la wei.."

"Takpe takpe. Kita masuk je dulu. Tengok ada ke tak. Okeh."

Sebab rasa, macam 'bersih' je dari luar. Tak rasa 'benda' tu ada. 

"See. Takde punnnn.." Kaunter cashier; clear. 

"Tengok kat peti dulu weh."

Clear.. clear.. clear..

"Weh!"

Aku pandang Tin.

"Ni!" Dia tunjuk sesuatu dalam peti. 

"Omen!!" 

Jolly Shandy elok je susun dalam peti.

Banyak flavours pulak tu. 
Terpampang Non-Halal. Aku rasa nak backflip. Takkan lahhh..

Dan lepastu kami masuk Pasaraya Big pun sama. Dekat kaunter bersih habis. Masuk peti, hanchor!

"Cemana.." Tin dah muka hopeless. 

"Hari-Hari dengan Secret Recipe masih ada harapan lagi. Try sana ah."

So, bila Aku-Tin masuk Hari-Hari, memang nampak la penuh je pekerja dia sana sini. Macam tak perlu kaki dan tangan lain je. Dan kebetulan, Secret Recipe sebelahan je dengan Hari-Hari. 

"Weh weh! Job vacancy!"

So, aku pergi la tanya ada terima tak partime workers kat sini walau terpampang memang kat luar dah advertise tapi tak boleh caya jugak kadang sesaja je diorang letak kasi hiasan dehal takdepun amek pekerja lain. Ceh.

Pendek cerita, dapat. Gaji pun not bad. 
Masa flexible. Sebab tahu kami students. 
Tempat solat nais. 
Washroom nais. 
Pakaian okey. 
Semua benda yang kitorang tolak tolak tepi bila cari kerja, semua perfect kat sini. Alhamdulillah. 

And Manager dia seems okey. Cuma kami keliru, dia kakak ke abang. Sebab, too manly as a woman. And too cute as a man. Boyish la sikit. So, aku panggil dia 'Boyish' jela. 

Nama tak tahu. 

Doakan Aku-Tin okey okey je kat sana. In syaa Allah kalau semua settle, Isnin ni start kerja.

May Allah bless!

Monday 29 January 2018

A-10-days-with-Tokku

google



"Achik. Nanti kan, bagi ni kat Along. Bagi macam Zorro. Confidential."

"Ah?" Sekeping not biru bertukar tangan.
"Nak cakap apa?" Achik tengok aku dengan kening kedut.

"Cakap deposit sewa tapak lagi 4 bulan."

******

10 hari bertandang kat kampung ni aku rasa, macam-II feelings yang ada. Sedih. Gembira. Lega. Upside-down.

Hari last aku duduk ward aku nak nangis kut.
Kenapalah buang masa macam tu je. (Tulis tengah rasa nak nangis lagi)

******

"Kakwa, dah bagi."

"Then?"

"Dia cerita kat Abelong."

Facepalm.

Tak lama, mesej wasep masuk.

-Wa. Duit ni untuk apa? Kenapa bagi?
+Saje. Teringat.
-Teringat nak bagi duit?
+Teringat kat Along laa. 

*******

Serious masa mula-mula Baba suruh aku jaga Tokku dekat hospital, berat hati gila rasa nak nangis.

Hala.. Cuti dah la pendek. 
Duduk hospital la ni..?
Laptop tak bawak. Omennn!

Nak nangis sebab. entahlah! Ni perasaan seton memang kena kental habis-habis nak lawan.
Maka, ada la aku di sini. Sebelah Tokku-jaga dia-hospital.

Pejam celik-pejam celik, 10 hari dah pun duduk kampung. Boleh je hidup. Rasa tenang. Rasa baik. Rasa jadi-budak-baik.

Rutin; pergi hospital pukul 11 pagi, balik 11 malam.
Pukul 6 petang selalu aku turun bawah, ambil angin sekejap dengan sambung baca novel dekat playground. Lepastu tapau Mexico bun dekat Che'D. Pukul 7 naik balik bilik Tokku. Kadang aku jenguk bilik lain. Ada time borak dengan memakcik pepakcik situ, sampai cramp kaki berdiri. Tapi seronok.

Tokku dari tak sedar masa wad kecemasan, dah boleh cakap dah dengan aku. Selalu aku bebel suruh dia exercise sebab terlantar je kan atas katil tu. Takut nanti susah nak jalan balik. Tapi biasalah, bila sakit ni manja. Lagi-lagi kalau dah berusia. Manja geganda! Dan aku bebel je. Takpe. Tokku sakit, dia tak larat nak marah aku balik. Maka dia redha je. Hahahaha!

Usha dokter tu pasti la bila kau bertapa kat hospital ni. Ada nurse garang, yang gelabah, yang baik gilaaaa. Yang gelabah tu nurse lelaki. Mungkin sebab aku tengok je dia buat kerja, then dia gelabah sampai bila aku tanya Tokku demam pun cecepat dia lari. Esoknya tak nak masuk bilik Tokku, sebab ada aku?Aku bahan gelak dia semalam teruk gak la. Dahtu Che'D pulak suka sangat triggered kasi gelak, dah la aku jenis mudah terhibur.

Mula-mula memang rasa berat hati. Kena tinggalkan laptop, fon tak dapat w-fi; tak boleh layan Instagram, limited masa nak tengok tv. Benda-benda yang seronok la.

Tapi, bila 10 hari aku bertapa dekat dalam hospital ni, sebenarnya bagi masa untuk ponder-ing diri sendiri. Tengok sekeliling. A-Space-for-myself.

Dan aku yakin, pilihan aku untuk stay tu pilihan permulaan terbaik untuk 2018. Kalau aku insist untuk tolak perintah Baba, for sure, hati tak tenang punya. Serious.

***********
-Tetiba kenapa? 😂 Setahu Along, Wa mata duitan. Pantang nampak duit?
+Kejam siaa ayat... Haha
-Thanks Waaaaa..
+Dah la. Rasa cool sangat je buat macam ni. Tutup kes.
-Hahahah!

Dan aku rasa nak sembam muka atas katil. Kecoh betul Along ni! 

***********

Apa-apapun, Alhamdulillah a'la kulli hal.

Friday 18 March 2016

Expectation


SOURCE: kIIr


"Usaha tak mengkhianati hasil. Jadi, kalau kau usaha nak tak nak, hasilnya pun nak tak nak lah."


Tali kasut diikat kasi ketat. Sep pandang aku dengan senyum seringai.


"Jadi, kau expect apa kalau kau usaha pun macam tu, nak dapat hasil banyak?


"Jarang ah kalau kita dah usaha banyak banyak, tapi Allah tak bagi hasil. Jaaarangggg."


.....


"Haa. Sentap tak? Sentap tak?"


Sep bangun lepas siap saut kasut. Dia kata nak jumpa kakak dia.


''Okeh. Cau dulu."

Rabak la.