Tuesday 9 June 2015

Le-BackWards


Oner


********

Tiba tiba saja mahu buka album lama yang sudah berhabuk sedikit di dalam laci meja.

Apan tarik keluar sesuatu yang dibalut dengan kelendar gaya vintage 'generation of the cameras' pemberian Daus 3 tahun lepas.

'Woahh. Banyaknya gambar? Kau snap semua ni?'

Mata Daus membulat lalu mengambil sekeping gambar yang menarik perhatiannya.

Gambar atas pokok berlatar belakangkan  bangunan kolej mereka waktu matahari mula terbenam. Semua ada. Amer, Aden, Acai, Kuyel, Daus, Nadhir, Hazim, Paan, Payeh dan dia. Buat gaya free style acah macho.

'Ha ah.' Balas Apan pendek dengan senyum di hujung bibir. 
Gambar itu pun gambar yang paling dia suka. Natural effect orange-fall nampak cool sangat.

'Amaze. Semua gambar kita kau ada. Kenapa bawa keluar semua ni? Tak habis sekolah lagi dah buat adegan rindu-setengah-mati kah?'

Hahaaa


'Aku nak letak dalam album ni. Baru ada masa sikit nak susun semua. Nak tolong?'

'Sure sure. Tapi, jap. Aku ada benda nak bagi.'

Daus bangun meninggalkan Apan lalu pergi ke almarinya untuk mengambil sesuatu.

Tak lama dia kembali dengan segulung kertas di tangan.

'Nah!'

Gulungan itu bertukar tangan.

Kali ini Apan pula yang membulat mata.

'Seriously?!'

Kelendar vintage 'generation of the cameras' di tangannya betul betul buat dia separuh menjerit.

'Yeah. Ada orang bagi aku. Tapi, bila aku tengok album ni, semua gambar ni, aku nak sumbang sesuatu. Ambil ah. Kau kan suka kalendar.'

'Thanks weh. Thanks. Aku suka gila. Suits well with this album. Nanti aku balut guna ni ehhh..'

'Memang tu tujuan aku bagi pun..'

Hahaa. Ketawa lagi.

'Meh aku tolong..' kata Daus lalu mengambil salah satu gambar untuk diletak pada album 'mereka'.

********
Badan disandar ke dinding selepas menghabiskan surah Al kahfi. Nafas ditarik sebelum pandangan di lontar ke partition Luqi.

Lelaki itu masih lagi menghabiskan al kahfi. Masih lagi merangkak rangkak tetapi sudah banyak improvement. Alhamdulillah.

Tak semena, dia tersenyum sendiri.

'Dah kenapa kau senyum sorang sorang?'

Tegur Luqi buat dia tersentak seketika.

'Oh. Tak.. takde apa la.' dalih Apan lalu bergerak ke meja belajarnya.

'Apan, ini album?'

Tak disangka Luqi mendekati meja Apan perlahan. Matanya terus menangkap album warna coklat vintage itu.

'Ha ahh. Gambar waktu sekolah dulu.'

'Seriously, semua ni kau snap?'

Ayat sama riaksi sama waktu Daus mula mula nampak gambar gambarnya. Tiba tiba Apan tersenyum lalu dia mengangguk menjawab pertanyaan Luqi.

Satu persatu muka album dibuka. Gambar pertama gambar mereka berada di atas pokok. Belek lagi, jumpa mereka baring atas padang. Padang sekolah mungkin.

'Ni dekat mana? Sekolah kau dekat dengan pantai ke?'

Apan angguk laju.

'Haa ah. Ni pantai belakang rumah ayah angkat kitorang. Dia bawa kitorang mandi pantai lepas adu stress jawab kertas sejarah. Hahaa.'

'Aku yakin ini memang bukan kat situ, kan?'

Luqi tunjuk gambar satu lagi. Gambar Amer, Paan dan dia duduk atas bangku kayu dalam pantai.

'Amer usul nak letak bangku tu dalam pantai. Kitorang usung dari atas pantai ke dalam pantai. Ala ala tala langit tunjuk ke hujung laut kaki cecah air. But we end up with kena marah dengan pakcik owner bangku kayu tu."

Cerita Apan imbau balik memori masa mereka di tingkatan 4. Luqi ketawa kuat sampai terduduk di hujung katil.

'Haha.. lawak lawak. Mesti muka kau cuak?'

'Agaklah..'

'I bet you miss them so much.'

'Yaa. Macam kau rindu budak Kelas Projek.'

Gelak lagi.

Malam itu mereka habiskan dengan throwback kisah masing. Terlalu banyak benda yang bikin mereka ketawa sampai letih.

Sumpah, zaman sekolah walaupun perit dengan segala peraturan yang entah apa apa tapi tidak dapat disangkal menjamin ketamadunan pelajar, kerja sekolah yang tiada gaya mahu habis hingga tamat kertas SPM, dan kerenah kerenah manusia yang pelik freaky out terkadang bijak luar biasa dan nakal diluar zon budak skema cukup memberi kesan yang mendalam buat seseorang.