Friday 12 June 2015

"3... NAAASSIIII..!"

KIIR#
Oner


Imran heret messenger bag dia, menghasilkan pelbagai bunyi yang tak menyenangkan apabila segala alat lukis dia berlanggar. Sesetengah alat lukis yang terkeluar dari beg, tersepak, terpijak oleh penghuni sekolah tidak dihiraukan. 


Pandangan menghukum dari orang sekelilingnya tidak diendah. Begitu juga dengan Luqi yang mengekori dia sambil mengutip segala alat lukis yang bergelimpangan di sepanjang lorong sekolah. 

Luqi menarik nafas lega apabila dia sempat tangkap marker merah yang bergolek sebelum menghilang di sebalik kaki-kaki manusia. Imran yang masih meneruskan langkah perlahan dengan wajah kosong dipandang. 


Im, kenapa...? Luqi tarik nafas cuba menghilangkan rasa resah sebelum kaki dihayun menuju ke arah Imran.



Sampai di kawasan letak kereta pekerja yang hanya diisi motor kapcai, Imran berhenti di kawasan bertar yang lengang, dan tak jauh dari dia  Luqi turut berhenti. Isi messenger bag dibuang ke atas jalan bertar.


 Luqi sekadar memerhati apabila Imran mencari dan mengambil beberapa kapur putih yang dah patah dari bungkusan kertas. Dia diam melihat Imran mula melukis, tak... menulis sesuatu atas jalan bertar, lama. Tangan Imran laju menulis seakan meluahkan apa yang terbuku di hati. Sesekali apabila Imran berhenti sekejap, tangannya ketar menahan perasaan walau muka dia masih tak berubah, masih tak menunjukkan apa-apa. 


Imran terus menulis sehingga kapur tinggal debu halus membentuk patah perkataan. Setelah itu, Imran baring mengiring di atas jalan bertar yang dipenuhi contengan kapur putih. Hembusan nafasnya lebih tenang daripada tadi. 

Agak lama Luqi membiarkan Imran melayan perasaan sebelum dia perlahan mendekati, alat lukis Imran yang sempat dikutip masih erat dalam pegangan, dalam poket seluar baju. 


Mata Luqi jatuh pada tangan kiri Imran yang luka, mungkin kerana tergores jalan bertar. Perasaan sedih menyerbu hati Luqi. Dan apabila dia memandang wajah Imran, buat pertama kali Luqi melihat wajah Imran begitu sedih, seakan putus harapan, seakan kehilangan sesuatu yang amat bermakna, seakan hati begitu terluka sehingga tak dapat disembuh lagi. Apa kau simpan dalam hati kau, Im..?


Luqi berdehem, mencari kekuatan. Dia tahu, Imran dah lama sedar akan kehadiran dia. Walaupun riak wajahnya ingin mencerminkan rasa yang mula bertandang, dia memaksa diri dia untuk senyum. Senyum kelat. Senyum pahit tanpa gula.


"Im, aku... tolong kutip alat lukis kau.." Tangan Luqi menggenggam kemas segala benda dalam pegangan dia. "Mungkin, kau tak perasan..."


"Hey Lu." Perlahan suara Imran memotong apa yang ingin diperkatakan dia. Kalau bukan disebabkan suasana yang senyap mungkin Luqi sendiri pun takkan dengar. "Does it really matter if no one likes you...?"


Imran tanya balik soalan yang sama sepertimana ketika mereka bertemu buat pertama kali. Cuma kali ni, nada suara Imran kedengaran lemah, tiada tanda ingin tahu.



  'Lu, 
  It's not your fault.'



"Apan, aku ada tutor, and... I'M RUNNING LATE...!" Jelas Luqi apabila dia tetap meneruskan larian meskipun berselisih dengan 'cinta hati' dia. Spekulasi manusia apabila melihat hubungan terlebih mesra mereka. Suara Luqi masih jelas kedengaran walau dia dah semakin jauh dari Apan. "JANGAN TUNGGU AKUUU...." Jangan tunggu aku untuk makan petang. Luqi berlari mengundur dengan senyuman.


Tangan yang penuh dengan segala macam buku entah apa diangkat untuk melambai hanya menyebabkan buku-buku tersebut jatuh. Luqi tergamam. Apan terkejut. Dan apabila Apan ingin menghampiri untuk membantu, Luqi menggeleng kepala sambil usap belakang leher.


Segala bukunya dikutip pantas sebelum memulakan larian sekali lagi, kali ni dia pastikan tangannya yang kosong diangkat untuk melambai ke arah Apan.


Apan sekadar senyum kagum dengan lagak Luqi yang tak pernah gagal 'melawak'. Dia mula nak menuju ke destinasi awal apabila Syad menepuk bahunya dari belakang.


"Apan, aku rasa ni Luqi punya." Syad menghulurkan sekeping gambar apabila dia menoleh ke belakang dengan pandangan bertanya. Tangannya mengambil gambar itu sambil menggumam terima kasih. Syad berlalu dengan senyuman sambil mengangguk kepala.


Sekali lagi gambar yang cukup asing baginya dilihat.


Kelas Projek - Our Luqi's.




"Kami dah buat keputusan sebulat hati, kami akan panggil kau, Luqi...! Menarik, aite?" Izam (yang selalu merasakan kehidupannya satu pentas lakonan) menutur penuh semangat.


"Sebulat suara laa..." Poye (ahli Dewan Bahasa dan Pustaka - dia selalu cuba baiki penggunaan kata, istilah, maksud) menggumam rendah.


Dan seorang Luqman Hakim bertukar menjadi Luqi. Dia angguk setuju. 


"Kau dah jumpa ketua?" Emil (pemilik muka budak berusia 12 tahun) bertanya.


"Panggil dia Imran dah." Uize (yang punya sinar mata yang tak dapat digambarkan) memintas sebelum sempat Luqi menjawab. (Sejujurnya, Luqi rasa kurang senang dengan aura yang dikeluarkan Uize). Emil menjeling marah walaupun Luqi rasa jelingan itu tak membawa makna sebab Uize tayang muka menganjing.


"So?" Nick (yang selalu pegang kamera) mencelah tetiba di antara Emil dan Uize yang sedang hantar isyarat perang, mengulang pertanyaan mengenai berjumpa this Imran. Dan apabila semua mata kini tertumpu kepadanya, Luqi menelan air liur yang terasa berpasir sebelum menggeleng perlahan.



Jam dah menunjukkan angka sembilan tapi sejak mereka berselisih di tengah jalan tadi, Apan masih tak nampak bayang Luqi. Setiap kali dia mendail nombor Luqi, hanya cik Voicemail yang menjawab. Meter risau dia dah memuncak tinggi mungkin melepasi takat tertinggi.


Dan elok sahaja Apan menyarung selipar nak pergi memburu-cari Luqi, teman sebiliknya itu membuka pintu dengan muka sedih, pandang Apan dengan muka tertanya-tanya yang masih sedih dan mengeluh dengan menyedihkan sebelum merebahkan diri atas katil. Lengan diletakkan atas pelipis selepas mata dipejam.


"Luqi? Kau pergi mana?" Apan bertanya sambil menapak ke katilnya yang bertentangan dengan Luqi. Nafas lega dilepaskan melihat Luqi sihat sejahtera dan selamat. Tapi risau tu masih ada melihat keadaan Luqi yang sedih.


"Kenapa aku cuai sangat, Apan?"



Hari ini hari Sabtu. Cuti. Tak perlu kelam kabut nak ke sekolah. Tak perlu menghadapi...


"Guys...!!! We are officially dead!" Kedengaran suara Izam mengganggu lamunannya. Panik dalam suara Izam tidak dihiraukan sebab Izam mungkin seperti kebiasaannya nak buat drama. Buku rujukan Biologi atas meja ditarik sebelum dibuka ke muka yang ditanda dengan kertas bertulis angka sembilan.


'22.09


Izam is pranking again...'


Dan bunyi periuk dilaga periuk kedengaran. Emergency meeting...



"Huh? Maksud kau...?"


"Gambar kelas aku, hilang." Sedih sungguh suara Luqi. Apan kelihatan berfikir sekejap.


"Maksud kau, gambar ni?" Apan menapak ke meja belajarnya sebelum mengambil gambar daripada celahan susunan buku. Luqi terus berdiri. Matanya membulat melihat gambar di tangan Apan. Muka sedih tadi bertukar gembira-lega apabila melihat gambar tersebut.


"Apan, terima kasih!" Apan dipeluk gembira.



"Say, kejap nak buat apa cue photo shooting ni?" Nick bertanya dari belakang kamera Canon yang diletak atas bangku. 


'Nak celebrate kena denda sebab buat parade, mesti ambil gambar buat kenangan', usul Nick. Jarang sekali mereka satu kelas kena denda bersama, sehati sejiwa katakan.


"Nasi..?!!" Ojan dan Syud bersuara serentak bertanya. Yang lain pandang mereka bertanya balik.


"Sebab mat salleh cakap 'cheese', K-pop cakap 'kimchi'..." 


"Ah.. brilliant. Apa-apa jelah. Jom teruskan. Matahari naik dah uh." Emil mengadu. 


"Orite, Ready.." Butang sepatutnya ditekan.

 "Satu.." Nick berlari pantas ke tempatnya di hadapan sekali. Yang lain dah bersedia dengan gaya masing-masing. 

"Dua.." Badan direbahkan sebelum buat gaya santai baring mengiring. 


"Tiga, NaSIII....!"



Apan sekadar memerhati Luqi melihat gambar hitam putih tersebut lama. Senyum diwajah Luqi yang tadi teruja kini bertukar hambar.


"Gambar ni istimewa bagi aku, sebab Nick sendiri yang cuci gambar ni." Luqi bersuara, memecah kesunyian. Kepala diangkat, bertembung mata dengan Apan yang kelihatan terpinga-pinga. "Sini." Luqi tepuk tilamnya menggamit Apan untuk duduk di tepinya. Lambat-lambat Apan berdiri beralih tempat.


"Zaman sekolah dulu..." Luqi ketawa kecil mendengar permulaan ayat dia sendiri. Zaman sekolah yang baru berlalu. Tapi dirasakan seakan lama dia meninggalkan kenangan-kenangan tersebut. "Aku ni budak outcast." Pahit riak muka Luqi dan Apan membulat mata terkejut dengan kenyataan Luqi.


Budak outcast, mana mungkin...


"Bukan aku seorang, kami satu kelas kena pulau sebab kami lain." Luqi melepaskan keluhan. Hatinya terasa bagai di genggam mengimbau kembali rasa pahit itu. "Kami tak ada orang lain melainkan satu sama lain." Luqi ketawa kecil.


"Dan apabila aku ingat balik, sebab tak nak kacau orang dan tak nak orang kacau kami balik, kami sanggup tubuhkan rumah sukan sendirian berhad, lawan pengetua hanya untuk benda remeh macam tu." Mata Luqi terpancar kesedihan walau bibirnya galak mengukir senyum.


"Tapi... disebabkan kelainan kami juga, orang perlahan-lahan dapat terima kami."



"Im, minggu ni turn aku, aite?" Akmal bersuara dari tempatnya ke arah Imran yang baring atas susunan meja. Perhatian semua orang dah teralih kepada mereka berdua. Imran sekadar menjawab dengan mengangkat ibu jari tanda ya. Akmal senyum penuh muslihat. Yang membawa kepada pertanyaan Izam yang ingin tahu.


"Apa rancangan kau untuk hujung minggu ni, Mal?"


"Beach picnic plus reenaction of The All-American Rejects - It Ends Tonight music video." Akmal menjawab dengan sengih teruja.


"That is sick!"
"Genius punya idea.."
"Akal kau memang boleh pakai."


"Korang tahu kan fakta kat Pahang mana ada pantai...?" Caer bersuara disebalik beg kertas.

Semua pandang Caer dengan muka tak percaya dan sedikit jengkel. Apa kau tinggal kat Malaysia ni tak pernah belajar Geografi?

Caer tak dapat dipastikan apa reaksi dia sebab tersembunyi di sebalik paper bag. 

"There is pantai in Pahang, stupid." Fahmi bersuara di sebalik buku latihan Mathematics.

"Bukan ke Pahang terletak kat tengah Semenanjung?" Timbul pula persoalan daripada Izam yang berwajah bingung. Yang lain angkat mata ke atas. 

Caer angkat bahu. Sekurangnya bukan dia je yang buta Geografi.