Friday 21 August 2015

Kelas Projek#1

#KIIRs


Tempat ahli kelas projek untuk beratur setiap kali ada perhimpunan, kosong. Dan di hadapan, walaupun Cikgu Adli tengah merancang macam mana nak denda ahli kelas projek hari Isnin nanti, beliau tetap cuba memberi ucapan dengan tenang.

Sehingga bas pekerja Pak Cik Zubir berhenti betul-betul di laluan tengah antara pelajar lelaki dan perempuan. Semua pelajar memandang bas tersebut dengan rasa hairan dan bunyi nyamuk mengganggu tidur ditengah malam mula kedengaran. Cikgu Adli juga kelihatan bingung namun tak lama selepas nalurinya berkata, ini muslihat kelas projek. Dan ternyata benar telahan beliau apabila pintu bas itu terbuka, Imran menapak keluar dengan kertas bergulung panjang. 

'WELCOME TO OUR SUPRISE PARADE?' tertulis pada kertas yang kini dibuka dari gulungan. Pian yang entah bila muncul sebelah Imran mula pasang speaker ke MP4 miliknya. Dan dari speaker, 5 Seconds of Summer - Amnesia kedengaran. Semua pelajar bersorak riang. Izam yang keluar diikuti Uize yang memakai kostum badut terhenti tengah jalan menyebabkan Uize terlanggar dia dan jatuh ke belakang. Izam pandang Pian. 'Lagu ni? Seriously..?' Kening diangkat bertanya. Pian angkat bahu. 'Kau cakap pasang lagu apa-apa pun?' 

Poye dan Chad dah mula sedia untuk kickoff di hadapan bas. Caer yang seperti biasanya menutup wajahnya dengan memakai paperbag memegang wisel turut bersedia nak mulakan kickoff. 

Ustaz sembunyi di sebalik bas bersama Emil. Kalau boleh tak nak terlibat atau jadi krew di belakang tabir. Terlibat secara tidak langsung. Sebab ni terlalu memalukan. 

Fahmi tenang bersandar pada bas, membaca nota Fizik manakala Ekal di sebelahnya becangkung memerhati setiap situasi yang tengah berlaku.

Izul dan Afal pegang banner menyokong. Akmal pegang handycam Caer, permintaan Caer untuk dia rakan setiap benda yang berlaku. 

Truck dah menunggu jauh di hadapan nak terima bola bersama Uize sebab Izam dah elok bersila bersama Pian mencari lagu yang sesuai untuk dimainkan. Nick dah mula mengambil gambar. Liputan untuk majalah sekolah.

Dan apabila Caer mengalami kesusahan untuk meniup wisel, Fai yang dah bosan menunggu merampas wisel dari tangan Caer sebelum meniup wisel menandakan kickoff bermula. Chad sepak bola ke arah Poye yang menerimanya dengan baik. Fahmi dan Ekal mula melangkah pergi tanpa pamitan. Dah kira baik, merka tunggu sampai acara kemuncak.

Sejurus selepas itu keadaan mula kelam kabut apabila bola yang disepak Truck terkena muka entah siapa. Uize jatuh apabila tersadung kaki sendiri. Dan Chad yang jengkel dengan Izam melontar bola sepak pada Izam. Pelajar-pelajar lain mula berteraburan ingin menyelamatkan diri. Ahli kelas projek yang lain menghilangkan diri. Akmal yang merakam ditarik pergi oleh Izul. 

Imran mengeluh. Nick senyum disebalik Canon.

Semua itu, Luqi saksikan dari dalam bas pekerja yang masih tak berganjak sebab Pak Cik Zubir dah lena.

Mereka satu kelas kena denda buat parade sekeliling padang akhirnya. Happy ending


'Ini buku apa? Graph turun naik ada, penyelsaian masalah ada, gambar potret ada, nota2 kecik, statement ke kerangan ni? Erk.. lukisan budak budak pun ada? Aku nampak ni macam buku.. '

'Yes. Its Biology. Biology reference book. Aku buat segala yang aku dapat tangkap, letak dalam ni. I do love Biology. Tapi aku tak pernah reti. Tak pernah dapat even B walau sekali. Ini macam.. album aku la. Mess kan?'

Apan seringai.

'Tak. Ni bukan mess. Ni memang kau. Yang sukakan kebebasan. Aku suka. Nampak free gila. Unik. Dan, aku speechless. Walau aku yakin, hanya kau je yang faham apa yang kau tulis.' Hujung ayat Apan berbunyi tawa.

Luqi gigit hujung jari lalu angguk perlahan. Tepat sangat tembakan Apan. Even Imran yang sangat artistik itu pun tak dapat nak cerna isi pati kesuluruhan buku 'Biology yang sudah bermutasi' itu.

Izam dengan Uize lagilah!

Apatah lagi Apan si cermat ini?

'Haha. No worry. Jadi diri kau yang sakai ni pun dah baik bagi aku. Terus jadi macam ni eh? Aku harap kau tak besar besar. Tetap kanak kanak walau dah injak angka 2.'

Luqi ketawa sampai tersedu. Ada ada je budak tu.. Orang pun nak besar, walau memang nyata dan jelas lagi Apan lebih matang darinya dalam semua hal.