Saturday 24 February 2018

"Sini ada jual Jolly Shandy tak?"


"Aku rasa ada la wei.."

"Takpe takpe. Kita masuk je dulu. Tengok ada ke tak. Okeh."

Sebab rasa, macam 'bersih' je dari luar. Tak rasa 'benda' tu ada. 

"See. Takde punnnn.." Kaunter cashier; clear. 

"Tengok kat peti dulu weh."

Clear.. clear.. clear..

"Weh!"

Aku pandang Tin.

"Ni!" Dia tunjuk sesuatu dalam peti. 

"Omen!!" 

Jolly Shandy elok je susun dalam peti.

Banyak flavours pulak tu. 
Terpampang Non-Halal. Aku rasa nak backflip. Takkan lahhh..

Dan lepastu kami masuk Pasaraya Big pun sama. Dekat kaunter bersih habis. Masuk peti, hanchor!

"Cemana.." Tin dah muka hopeless. 

"Hari-Hari dengan Secret Recipe masih ada harapan lagi. Try sana ah."

So, bila Aku-Tin masuk Hari-Hari, memang nampak la penuh je pekerja dia sana sini. Macam tak perlu kaki dan tangan lain je. Dan kebetulan, Secret Recipe sebelahan je dengan Hari-Hari. 

"Weh weh! Job vacancy!"

So, aku pergi la tanya ada terima tak partime workers kat sini walau terpampang memang kat luar dah advertise tapi tak boleh caya jugak kadang sesaja je diorang letak kasi hiasan dehal takdepun amek pekerja lain. Ceh.

Pendek cerita, dapat. Gaji pun not bad. 
Masa flexible. Sebab tahu kami students. 
Tempat solat nais. 
Washroom nais. 
Pakaian okey. 
Semua benda yang kitorang tolak tolak tepi bila cari kerja, semua perfect kat sini. Alhamdulillah. 

And Manager dia seems okey. Cuma kami keliru, dia kakak ke abang. Sebab, too manly as a woman. And too cute as a man. Boyish la sikit. So, aku panggil dia 'Boyish' jela. 

Nama tak tahu. 

Doakan Aku-Tin okey okey je kat sana. In syaa Allah kalau semua settle, Isnin ni start kerja.

May Allah bless!

No comments:

Post a Comment

what's on your mind ?